Skip to main content

KRONOLOGI TERAKHIR

28/2/2017

Mungkin ia akan menjadi Febuari yang tak akan dinanti. bermula dari ayah awal bulan 2 hingga akhir bulan kami diuji. Bermula bulan 3 dengan episod kehilangan.

Hari tu, hari terakhir ayah. memang ditakdirkan aku dan adik tidak dapat melihat detik akhir ayah pergi. tak sempat. hanya emak dan kakak disamping ayah semasa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. langit yang sebelum ni aku rasakan gelap, kali ni kurasakan ia menghempap kepala. gelap,gelita,sesak. ada secebis harapan, berharap mungkin kesilapan teknikal, dan ayah masih ada. harapan tetap ada. time tu, otak dah terima maklumat, tapi hati tetap tak nak terima hakikat. ayah masih ada kot, diorang silap tu.

Sampai di depan pintu.melihat jasad yang terbujur kaku.aku terkelu. secebis harapan tadi hancur. hakikat memamg susah untuk ditelan. tiada lagi hembusan nafas.kaku, tak bergerak. orang mula ramai menziarah. ya, dia telah pergi. hati perlahan-lahan mula menerima. Yasin ku ambil.baca disebelah jasadnya. aku ingin memudahkan perjalanannya ke sana. Moga dia tenang disana.

Yang aku tahu, selagi orang yang kita sayang masih hidup, hargailah sebaikknya. sebab bila dah tiada, takkan mampu mengubah kepada yang asal. Baru kita kan rasa, kenapa aku tak buat macam ni or macm tu dulu, ayat kalau dulu..semua tu takkan mengubah apa-apa.

Selagi hidup, rindu ni takkan pernah terpadam buat insan bergelar ayah. Takkan ada siapa yang dapat menggantikan tempatnya dihati. Damailah rohnya di sana. AL-FATIHAH.


tinta
sweetlovelylave..

Comments

Popular posts from this blog

dream high 2

ahha..skrg nie cter yg ak tgh dok gigih download adalah dream high 2...best la jgak walaupun tak mengekalkan watak lme mse dream high dulu.. JB yg comel tu la buat ak trus bersemangat nk download cter nie..hehe..dah pertengahan episod ni, cternye makin best..xsabo nk tggu last jadi ape..hehe... dlm mase yg sme ..ak tgok gak cter Shut up flower boy band..best gak cter ni..tambahan pulak L dari infinite berlakon..wajib la tengok kan.. klu dah abes pulak tgok cter tu..rsenye nk sambung The musical la pulak....cter tu pun mcm best..walaupun cter dah lme abes tayang...tu pun wajib tonton tu..

~ my long list~

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni,  addicted to korean drama kembali melanda diri... Banyak gila list nak di complete kan... And ak hnya senaraikan mana yang menarik minat ak jer... Mcm tahun bila tah,  semua org gila dgn citer goblin yg ada gong yo,  tapi tidak aku... Cerita dia X sampai ke hati. Ini adalah My list you whether repeat or first time nak nengoknyer. 1- he's beautiful 2- scarlet heart ryeo 3- w two worlds 4- bride of water god 5- Cinderella and four knight 6- strong woman do bong soon 7- hwarang (otw) 8- Love in the moonlight 9- my shy boss 10- madame Antoine 11- black knight -the man who guards me(otw) 12- my first love (otw) 13- school 2017 14- My secret romance 15- That Man oh soo (otw) 16- sungkyunkwan scandal (otw) 17- kiss The series (otw) 18- lovely love lie (otw) 19- shopaholic Louis (otw) 20- wild romance (otw) 21- Dr. Stranger (otw) 22- Because this is my first life 23-The master sun 24-jealousy incarnate (otw) 25- oh my ve