Thursday, January 26, 2017

KASIH MAISARA : RINDU AWAK SEPARUH NYAWA ; HERO SEORANG CINDERELLA

KASIH MAISARA:RINDU AWAK SEPARUH NYAWA.. mmm..baca je novel ni..dengan aku aku rindu separuh nyawa..ecece.macam biasa la Siti Rosmizah memang tak mengecewakan. kisah Kasih Maisara yang belagak + ego gila yang tak boleh terima kalau kemahuannya ditolak. Biasala anak orang kaya. Yang jadi masalah bila dia yang selama ni dikejar ramai lelaki di tolak mentah-mentah oleh Nazril Nazim, pemuda yang sangat baik hati, stok ustaz ni, memang payah nak cari.Manala ustaz nazril nak layan perempuan rambut perang macam Maisara ni kan.Bermula kisah Maisara mengejar cinta Nazril Nazim apabila dicabar teman sekolej. memang dia pantang dicabar. dan akhir dapat jugak kat dia Nazril Nazim. tapi macam-macam dugaan terjadi lepas diorang berkahwin. novel ni kalau tak tangkap shahdu, memang hati batu la kome..ewah..sedih siot..mesti baca punya la..
HERO SEORANG CINDERELLA.. Memang lain..normal kalau sebut Cinderella, mesti terbayang muka sendu perempuan kena buli,,tapi yang ni lain sikit. jangan harap dia nak bagi mak tiri dengan kakak tiri dia buli..diorang yang kena balik adalah..kisah kekeluargaan yang menyentuh hati siot.. Bila ada cinderella, mesti ada heronya..sebab nasib cinderella ni tak la selalu baik..jadi bila tak baik mesti ada tukang penyelamatnya, betul tak..hero sweet nak mati, bikin cair hati anak dara orang tapi heroin pulak beku, tak dak perasaan, prinsip hidup(ada aku kesah), redah je apa yang dia nak buat..diorang memang berbeza tapi bersatu jugak..macam biasa happy ending..opps cinderella namanya Medina..dan heronya Tengku Ian..so sweet..tak rugi beli nih..

"sweet love"

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...