Tuesday, March 7, 2017

KRONOLOGI TERAKHIR

28/2/2017

Mungkin ia akan menjadi Febuari yang tak akan dinanti. bermula dari ayah awal bulan 2 hingga akhir bulan kami diuji. Bermula bulan 3 dengan episod kehilangan.

Hari tu, hari terakhir ayah. memang ditakdirkan aku dan adik tidak dapat melihat detik akhir ayah pergi. tak sempat. hanya emak dan kakak disamping ayah semasa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. langit yang sebelum ni aku rasakan gelap, kali ni kurasakan ia menghempap kepala. gelap,gelita,sesak. ada secebis harapan, berharap mungkin kesilapan teknikal, dan ayah masih ada. harapan tetap ada. time tu, otak dah terima maklumat, tapi hati tetap tak nak terima hakikat. ayah masih ada kot, diorang silap tu.

Sampai di depan pintu.melihat jasad yang terbujur kaku.aku terkelu. secebis harapan tadi hancur. hakikat memamg susah untuk ditelan. tiada lagi hembusan nafas.kaku, tak bergerak. orang mula ramai menziarah. ya, dia telah pergi. hati perlahan-lahan mula menerima. Yasin ku ambil.baca disebelah jasadnya. aku ingin memudahkan perjalanannya ke sana. Moga dia tenang disana.

Yang aku tahu, selagi orang yang kita sayang masih hidup, hargailah sebaikknya. sebab bila dah tiada, takkan mampu mengubah kepada yang asal. Baru kita kan rasa, kenapa aku tak buat macam ni or macm tu dulu, ayat kalau dulu..semua tu takkan mengubah apa-apa.

Selagi hidup, rindu ni takkan pernah terpadam buat insan bergelar ayah. Takkan ada siapa yang dapat menggantikan tempatnya dihati. Damailah rohnya di sana. AL-FATIHAH.


tinta
sweetlovelylave..

Wednesday, February 22, 2017

AWAN GELAP DAN PELANGI

Selalu kita dengar selepas turunnya hujan akan muncullah pelangi. Macam ujian dalam hidup jugak, selepas melalui kesedihan, akan datang pulak kegembiraan.Kedua-duanya tak lama. Jadi kita harus melaluinya jugak.ok..positif..walaupun always rasa nak give up.

 KRONOLOGI

 8/2/2017

 kali kedua aku menaiki ambulans. kali pertama accident, tapi kali ni ujian lebih berat. ayahanda tercinta dimasukkan ke hospital. BP yang tiba-tiba naik mendadak menyebabkan kelumpuhan pada bhagian sebelah kiri. atau lebih tepat lagi darah tinggi ayah mendadak naik dan menyebabkan dia terkena strok. ya. kali ni kami sekeluarga diuji.sabar dan redha selalu aku tanam dalam diri.

 9/2/2017-19/2/2017

 Keputusan yang agak sukar dibuat selepas hampir 2 minggu di hospital tapi masih belum menunjukkan peningkatn. ya, kami sepakat untuk bawa balik ayah. jaga dirumah. mungkin dengan suasana dirumah, ayah lebih bersemangat. kali ni kami berserah. pagi ahad 19/2 kami bawa ayah pulang.

 20/2/2017

 Saudara mara sudah banyak berkunjung dan memberi semangat. rupanya dugaan dekat rumah lebih besar berbanding di hospital. tanpa bantuan doctor dan nurse, kami kena lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan. ok. sabar. ada hikmahnya yang kita tak nampak.

 21/2/2017

 Dalam proses menjaga ayah, kami dikejutkan dengan satu berita. Baru sehari Pak Ngah datang melawat ayah. Malam yang sama dia juga mengalami serangan strok dan meninggal hari ni. Aku ingat ujian untuk kami berat. Tapi untuk keluarga Pak Ngah, kehilangan yang direntap secara tiba-tiba. setiap orang, dugaan masing-masing. yang pasti bagaimana hendak kita menanganinya. Kami akan terus memberi semangat buat ayah untuk terus berjuang melawan strok. usaha, doa dan akhir sekali tawakkal.insyaallah.

 diharap selepas melalui awan gelap kan muncullah pelangi..

 tinta,
 sweetlovelylave..

Thursday, January 26, 2017

KASIH MAISARA : RINDU AWAK SEPARUH NYAWA ; HERO SEORANG CINDERELLA

KASIH MAISARA:RINDU AWAK SEPARUH NYAWA.. mmm..baca je novel ni..dengan aku aku rindu separuh nyawa..ecece.macam biasa la Siti Rosmizah memang tak mengecewakan. kisah Kasih Maisara yang belagak + ego gila yang tak boleh terima kalau kemahuannya ditolak. Biasala anak orang kaya. Yang jadi masalah bila dia yang selama ni dikejar ramai lelaki di tolak mentah-mentah oleh Nazril Nazim, pemuda yang sangat baik hati, stok ustaz ni, memang payah nak cari.Manala ustaz nazril nak layan perempuan rambut perang macam Maisara ni kan.Bermula kisah Maisara mengejar cinta Nazril Nazim apabila dicabar teman sekolej. memang dia pantang dicabar. dan akhir dapat jugak kat dia Nazril Nazim. tapi macam-macam dugaan terjadi lepas diorang berkahwin. novel ni kalau tak tangkap shahdu, memang hati batu la kome..ewah..sedih siot..mesti baca punya la..
HERO SEORANG CINDERELLA.. Memang lain..normal kalau sebut Cinderella, mesti terbayang muka sendu perempuan kena buli,,tapi yang ni lain sikit. jangan harap dia nak bagi mak tiri dengan kakak tiri dia buli..diorang yang kena balik adalah..kisah kekeluargaan yang menyentuh hati siot.. Bila ada cinderella, mesti ada heronya..sebab nasib cinderella ni tak la selalu baik..jadi bila tak baik mesti ada tukang penyelamatnya, betul tak..hero sweet nak mati, bikin cair hati anak dara orang tapi heroin pulak beku, tak dak perasaan, prinsip hidup(ada aku kesah), redah je apa yang dia nak buat..diorang memang berbeza tapi bersatu jugak..macam biasa happy ending..opps cinderella namanya Medina..dan heronya Tengku Ian..so sweet..tak rugi beli nih..

"sweet love"

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...