Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

KRONOLOGI TERAKHIR

28/2/2017 Mungkin ia akan menjadi Febuari yang tak akan dinanti. bermula dari ayah awal bulan 2 hingga akhir bulan kami diuji. Bermula bulan 3 dengan episod kehilangan. Hari tu, hari terakhir ayah. memang ditakdirkan aku dan adik tidak dapat melihat detik akhir ayah pergi. tak sempat. hanya emak dan kakak disamping ayah semasa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. langit yang sebelum ni aku rasakan gelap, kali ni kurasakan ia menghempap kepala. gelap,gelita,sesak. ada secebis harapan, berharap mungkin kesilapan teknikal, dan ayah masih ada. harapan tetap ada. time tu, otak dah terima maklumat, tapi hati tetap tak nak terima hakikat. ayah masih ada kot, diorang silap tu. Sampai di depan pintu.melihat jasad yang terbujur kaku.aku terkelu. secebis harapan tadi hancur. hakikat memamg susah untuk ditelan. tiada lagi hembusan nafas.kaku, tak bergerak. orang mula ramai menziarah. ya, dia telah pergi. hati perlahan-lahan mula menerima. Yasin ku ambil.baca disebelah jasadnya. aku ingi